Thursday, November 26, 2009

HARI RAYA AIDIL ADHA.


Hari ini 27/11/09 seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha di Malaysia. Hari ini kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Al- Makmur , Kulim, Kedah. Selesai saja solat, diadakan majlis tahlil. Selesai saja majlis tahlil kami sekeluarga mengziarahi kubur ayah Abd Rahman Bin Ishak, nenda Rabiah Bt Said,Nenda Mat Yatim,Nenda Som dan kanda Mohd Tahar Bin Tani dan seluruh kaum muslim dan muslimat, semoga roh mereka diletakan dikalangan orang-orang yang soleh serta diampunkan dosa.


Sempat juga kami sekeluarga merakam gambar didepan rumah.

Monday, November 2, 2009

KENALI ANAK BONGSU SAYA






Adnin Iffah namanya .Dilahirka pada 240606 di Hospital Kulim.

Gambar keluarga semasa Hari Raya Aidil Fitri di Rumah Mak Mertua di Teluk Intan. Perak.
Jaafar Bin Abd Rahman, Khalijah Bt Mohamad Nadri, Adnin Syaza, Adnan Zikri, Adnan Aiman,
Adnan Idzni dan Adnin Iffah.

Gambar dibawah menunjukan gambar sebelum menghantar keluarga ke Tanah Suci Mekah.
Gambar dari depan Kak Ashah , Ibu , Kak Salmah, belakang Abang Omar, Abang Hussin dan Adilah

Gambar Abang Omar sedang memperagakan pakaian Jubah yang dihadiahkan oleh Abang Ali.


Bersalaman dengan pegawai-pegawai Pos Malaysia sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.


Gambar kenangan bersama Abang Omar dan Kak Maznah di Pusat Latihan Pos sebelum bertolak ke KLIA.



Gambar menunjukkan pemergian Abang Omar ke Tanah Suci Mekah atas urusan Syarikat Pos Malaysia Berhad disamping menunaikan Fardu Haji DiMekah. Beliau terpilih dikalangan 55 Pekerja Pos Malaysia dari sejumlah pekerja Pos seramai 15000 orang.

Kursus Blog

Kursus : Bengkel Membina Blog
Tarikh : 3 November 2009
Tempat : Language Lab 2, Jabatan Pengajian Am
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
Komen :
Disamping memenuhi keperluan kursus saya amat bertuah kerana kini mampu
untuk membentuk Blog serta ucapan setinggi tahniah kepada pihak Sistem
Maklumat atas perlaksanaan kursus ini.




Assalamualaikum, Alhamdulilah saya berjaya sampai ke langkah ketiga dalam kursus blog, walaupun dalam keadaan yang tidak sihat disebabkan keletihan kerana menghantar ibu yang tersayang bersama-sama Kak chah, Kak Salmah, Abang omar , Abang Hussin dan anak saudara Adilah.. Semoga pemergian kalian ketanah suci mendapat Hj Mabrur. insyallah.



Penerbangan Ibu, kak chah, kak salmah, Abang Hussin dan Adilah pada 31 Oktober 2009. Saudi Arabia Airlines.

Penerbangan Abang omar pada 1 November 2009. Royal Burnai Airlines.


ROMBONGAN INI AKAN MENUNAIKAN HAJI TAMMATUK